Rabu, 9 Januari 2013

Petua lama


         Batuk merupakan perkara biasa namun membimbangkan  jika berterusan terutamanya terhadap kanak-kanak. Saat inilah yang membimbangkan ibu bapa.
          Pengalaman saya menjaga anak ketika demam dan batuk membawa kepada kepada penemuan khasiat asam jawa. “Petua orang lama” ataupun trasional ini lebih berkesan untuk melegakan batuk, merawat sakit tekak, dan meredakan demam panas. Sesuai di gunakan orang dewasa dan kanak-kanak
          Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Walaupun buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan kerana mempunyai seribu khasiat terutamanya dalam perubatan tradisional.


 Asam jawa

Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).




Batuk
1. Ambil isi asam jawa
2. Masukan sedikit air
3. Jadikan pekat
4. Asingkan biji,
5. letakkan di seluruh leher,
6. Gunakan 2 kali sehari.

*InsaAllah dalam beberapa hari dapat menyembuhkan batuk


Demam panas

1.     Ambil isi asam jawa (kira segenggam)
2.     Masukkan sedikit air
3.     Jadikannya pekat
4.     Asingkan biji
5.     Lumurkan di seluruh rambut (jadikannya rata)
6.     Balut dengan kain basah

*Sangat sesuai digunakan kanak-kanak untuk meredakan panas dibahagian kepala dan  merawat  demam panas.


Sakit tekak
1.     Ambil sedikit asam jawa
2.     Campurkan dengan air suam
3.     Jadikannya pekat
4.     Asingkan biji dan hampas
5.     Minum sebelum tidur

* InsaAllah tekak akan sembuh dalam beberapa hari