Batuk
merupakan perkara biasa namun membimbangkan jika berterusan terutamanya terhadap
kanak-kanak. Saat inilah yang membimbangkan ibu bapa.
Pengalaman saya menjaga anak ketika
demam dan batuk membawa kepada kepada penemuan khasiat asam jawa. “Petua orang
lama” ataupun trasional ini lebih berkesan untuk melegakan batuk, merawat sakit
tekak, dan meredakan demam panas. Sesuai di gunakan orang dewasa dan kanak-kanak
Pokok
asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan
yang mempunyai pelbagai guna. Walaupun buah asam jawa merupakan komponen utama
dalam masakan seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan kerana
mempunyai seribu khasiat terutamanya dalam perubatan tradisional.
Asam jawa
Batuk
1. Ambil isi asam jawa
2. Masukan sedikit air
3. Jadikan pekat
4. Asingkan biji,
5. letakkan di seluruh leher,
6. Gunakan 2 kali sehari.
*InsaAllah
dalam beberapa hari dapat menyembuhkan batuk
Demam panas
1. Ambil isi asam jawa (kira segenggam)
2. Masukkan sedikit air
3. Jadikannya pekat
4. Asingkan biji
5. Lumurkan di seluruh rambut
(jadikannya rata)
6. Balut dengan kain basah
*Sangat sesuai digunakan kanak-kanak untuk
meredakan panas dibahagian kepala dan merawat
demam panas.
Sakit
tekak
1. Ambil sedikit asam jawa
2. Campurkan dengan air suam
3. Jadikannya pekat
4. Asingkan biji dan hampas
5. Minum sebelum tidur
* InsaAllah tekak akan sembuh
dalam beberapa hari
